Saiful Apek Di Serbu Polis

Monday, June 14, 2010


KUALA LUMPUR - Seorang pelakon lelaki dan pelawak terkenal, Saiful Apek ditahan setelah dia disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah ketika serbuan di sebuah rumah Pangsapuri Sunway Court di PJS 7, Bandar Sunway dekat sini malam kelmarin.


Artis tersebut yang juga pengacara ditahan pada pukul 10 malam bersama lima lagi rakan termasuk seorang wanita di kediaman milik pelakon tersebut. Difahamkan, lima lagi individu berusia lingkungan 20-an yang ditahan merupakan pekerja kepada artis itu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, pelawak berusia 41 tahun itu ditahan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Subang Jaya setelah menyerbu rumah tersebut."Kita mengambil masa satu jam membuat intipan sebelum menyerbu rumah itu.

"Ketika diserbu, artis tersebut bersama rakan-rakannya sedang berehat di dalam rumah," kata beliau ketika dihubungi Kosmo! semalam.Menurut beliau, pemeriksaan di dalam rumah itu membawa kepada penemuan sebanyak 40 gram ganja.

"Ujian saringan awal air kencing mendapati kesemua mereka termasuk Saiful Apek yang ditahan dalam rumah itu positif mengambil ganja," kata beliau. Zainal Rashid memberitahu, Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohd. Saifulazam Mohammad Yusoff bersama lima rakannya kini ditahan reman selama empat hari sehingga 16 Jun ini bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu mengambil dadah.
Kertas siasatan juga dibuka mengikut Seksyen 39 (a)(1) dan Seksyen 6 akta yang sama iaitu memiliki dadah dan ganja.

Farid Kamil Menjiwai Lagenda Budak Setan (LBS)

Friday, June 11, 2010

Menjiwai watak Kasyah dalam Lagenda Budak Setan (LBS) sepenuh hati seolah-olah watak romantis dan pencinta setia itu menggambarkan dirinya yang sebenar. Namun Farid menyangkal dirinya bukanlah seorang pencinta agung.


"Apa yang dilakukan Kasyah dalam LBS tidak mungkin dilakukan lelaki zaman sekarang, kalau ada pun mungkin sukar untuk dicari. Mungkin saya boleh jadi seperti itu, tapi tak mungkin saya sanggup membuang masa begitu saja kerana banyak lagi yang perlu dicapai dalam hidup.

"Bagi saya, Kasyah adalah seorang lelaki biasa yang jatuh cinta buat kali pertama. Jujur saya seronok dapat watak Kasyah, namun sedikit gementar kerana pembaca novel begitu sukakan Kasyah. Saya terokai dan serapkan emosi dan karektor Kasyah dalam diri.

"Jujurnya saya tak pernah baca novel ini sehinggalah diberi tawaran memegang watak utama. Saya lupakan skrip dan fokus kepada novel untuk memahami sendiri penderitaan Kasyah dan dari situ baru wujud emosi untuk digambarkan," ujarnya yang turut terlibat dengan drama Lagenda Budak Setan.

Mengakui ayahnya turut mengalirkan air mata sewaktu menonton filem ini, Farid bersetuju jiwa lelakinya turut tersentuh melihat kisah cinta agung dan penderitaan watak yang dicipta Ahadiat Akashah. Membaca novel asal sudah menerbitkan kesedihan, apatah lagi bila kisah tersebut difilemkan dan ditayangkan secara nyata kepada penonton.
 
 
 
sumber dari mangga

Pelik Tapi Benar Budak Mempunyai Anggota Tambahan Di Perut

Thursday, June 10, 2010

GAMBAR menunjukkan Deepak Paswan sebelum dia menjalani
 pembedahan di sebuah hospital di Bihar semalam.

BIHAR, India - Seorang budak lelaki India berusia tujuh tahun, Deepak Paswan akhirnya selamat menjalani pembedahan bagi membuang lapan anggota tambahan menyerupai kaki dan tangan di sebuah hospital dekat sini semalam.

Sepasukan 15 doktor di Hospital Fortis di Bangalore membuat pembedahan itu bagi membuang lebihan anggota tambahan tersebut yang sebenarnya merupakan daging parasit dan bersambung ke bahagian abdomen.

Anggota tambahan itu seolah-olah seperti empat tangan dan empat kaki.
Sebelum dia dibedah, terdapat penganut-penganut agama Hindu yang memujanya sebagai jelmaan Dewa Vishnu yang mempunyai banyak anggota badan.

"Dia sudah 100 peratus pulih," kata ketua pasukan pembedahan, Ramcharan Thiagrajan.
Menurutnya, pasukan pembedahan tersebut berdepan dengan cabaran untuk memastikan bahagian usus budak itu berfungsi dengan betul untuk tempoh jangka panjang.

Bapanya, Viresh Pasawan berkata, mereka sekeluarga bersyukur kerana kos pembedahan yang mencecah 2.34 juta rupee (RM166,350) ditanggung sepenuhnya oleh pihak hospital berkenaan.
Anaknya dimasukkan ke hospital itu pada 30 Mei lalu.

Pasawan yang berusia 30-an dan bertugas sebagai pekerja pembinaan menyifatkan pembedahan anaknya dianggap paling rumit serta berbahaya apabila ia mengambil masa selama empat jam.

Pasawan menganggap pembedahan anaknya itu sebagai ajaib. Dia berkata, anaknya itu akan pergi ke sekolah sebagai manusia normal selepas pulih daripada pembedahan.

Artis Di Tawar Jutaan Ringgit Dari VVIP

Wednesday, June 9, 2010

MELIHAT rakan sebaya sudah berumah tangga, terdetik jua di hati Fouziah Gous, 28, untuk mengakhiri zaman bujangnya, namun, kata Fouziah, belum ada calon suami yang sesuai untuk dirinya ketika ini.

Dulu, bekas pramugari Penerbangan Malaysia (MAS) ini pernah digosipkan dengan pelakon Iqram Dinzly, 29. Namun, hubungan mereka lebih dianggap sebagai gimik dan cinta lokasi. Sekejap ada, sekejap hilang.
Baru-baru kecoh pula di halaman sosial Twitter mengatakan Fouziah dilamar 'secara murahan' oleh Iqram. Maklum sajalah dalam laman itu ramai dalam kalangan rakan Twitter boleh melihat apa yang mereka sembangkan itu.Dalam pertemuan dengan Fouziah di Balai Berita, minggu lalu, Fouziah menjelaskan itu semua hanya usikan Iqram semata-mata."Saya tahu Iqram hanya mengusik dan saya pun membalasnya saja secara suka-suka. Tak sangka pula perkara ini menjadi isu pula. Memanglah pada umur sekarang, ia saat yang sesuai untuk berumah tangga tapi tidaklah sampai saya 'melelong diri' di Internet!

"Saya masih waras lagi. Apabila ramai yang turut memberi komen dalam halaman itu, saya sudah tidak mengaktifkan Twitter saya lagi. Memang saya agak cuai kerana halaman itu boleh dilayari sesiapa saja.
"Saya tak akan buat lagi perkara macam itu. Pun begitu saya tidak begitu terasa hati kerana ia bukanlah perkara serius, saja bergurau dengan Iqram. Banyak perkara lain yang perlu saya fikirkan terutama mengenai kerjaya saya sekarang," katanya kepada Rap.

Kata Fouziah yang semakin langsing, memang dia teringin menamatkan zaman solonya secepat mungkin. Emaknya juga sudah bising, tetapi hendak buat macam mana kerana belum ada jodoh."Ciri lelaki yang menjadi idaman saya, dia mestilah menerima saya seperti gadis biasa di luar di sana dan bukannya sebagai Fouziah Gous seorang pelakon.

"Lelaki itu mesti ada prinsip hidup, pekerjaan tetap dan seorang yang beriman. Dia juga mestilah seorang yang bijak.

"Tapi terus terang, sehingga sekarang, saya belum lagi berjumpa jejaka idaman saya yang sebenar-benarnya. Malah kalau ditakdirkan berkahwin nanti, saya bersedia berundur dari bidang seni jika itulah pengorbanan yang perlu saya lakukan untuk suami," katanya .

Menjawab soalan mustahil wanita cantik sepertinya tiada yang cuba himpit termasuk VIP dan tokoh
korporat, Fouziah mendedahkan, ia memang ada, tetapi dia sendiri yang lari! Katanya, ada lelaki VIP yang cuba memancingnya dengan wang jutaan ringgit tetapi dia tidak mahukan itu semua kerana percaya, cara itu tidak akan dapat mengekalkan kebahagiaan hidup.

"Siapa yang mahu beri kita duit berjuta tanpa mendapat apa-apa? Wang memang boleh buat manusia jadi kelabu mata tapi maruah diri saya cuma satu saja. Saya kena pertahankannya demi nama baik diri dan keluarga."Ada juga yang sanggup pakai orang tengah untuk keluar dengan saya. Pernah saya kena ugut kerana tak mahu melayan tawaran orang seperti itu. Sedih sangat mereka cuba menggunakan cara kotor, tapi saya sabar. Lamaran kerja tempoh singkat itu dipanggil 'dinner job'. Tentu anda faham apa maksud saya.

"Mungkin bagi sesetengah orang apabila tawaran lumayan muncul depan mata, ia ibarat orang mengantuk disorongkan bantal. Tapi saya tak perlu itu semua. Saya mahu jual bakat lakonan. Sekali terjerat, makan tak habis!"Alhamdulillah, rezeki berlakon tidak putus-putus sehingga tak cukup rehat. Saya juga menjadi duta produk kecantikan Alaisya dan baru-baru ini ada syarikat kecantikan lain mahu saya menjadi jurucakap mereka. Saya tolak dengan baik dan biarlah saya setia pada yang satu," ujarnya.

Tidak mahu terlalu memaksa diri untuk terus bekerja, baru-baru ini Fouziah dan rakannya pergi menyelam di Pulau Perhentian, Terengganu. Katanya, tangannya sampai ada kesan berbirat kerana panas berjemur. Dari dulu Fouziah memang suka menyelam, cuma sekarang tiada banyak masa untuk melakukannya.

"Saya terpaksa bercuti kerana badan saya memerlukan rehat yang cukup dan kenalah menolak satu dua
tawaran yang datang. Selagi saya berada di Kuala Lumpur, tentu sukar menolak tawaran berlakon. Jadi lebih baik saya bawa diri sekejap. Ada kelapangan nanti, saya akan ke pulau lagi," katanya.

Fouziah juga baru habis berlakon drama bersiri Syah Jihan yang kini disiarkan di TV3 menerusi slot Akasia setiap Isnin hingga Khamis, jam 6.30 petang.Dalam drama itu, Fouziah diberi peranan Syah atau nama penuhnya, Aisyah dan watak Jihan pula disandang Kamal Adli. Syah tersepit antara tanggungjawabnya kepada keluarga dan cintanya terhadap Jihan.

Sejak kecil Syah diserahkan kepada ibu angkatnya, Mak Yah (Delimawati). Arwah ibu Syah berpesan kepada Mak Yah jangan benarkan Syah mendekati keluarga bapanya (Tuan Aris).Apabila dewasa, Syah ingin tahu apa sebenarnya berlaku dan kenapa ibunya melarang dia mencari keluarga bapanya.Pada waktu terdekat ini, Fouziah akan ke lokasi drama raya puasa, Kuih Goyang Syafik di sekitar Kuala Lumpur.

>PROFIL

NAMA: Nor Fouziah Mohd Gous
PANGGILAN: Fouziah Gous
TARIKH LAHIR: 11 Disember 1982
TEMPAT LAHIR: Hospital Kuala Lumpur (HKL)
USIA: 26 tahun
TINGGI: 165cm
BERAT: 48kg
STATUS: Bujang
KELUARGA: Bongsu daripada lima beradik
PENDIDIKAN: Diploma Kesetiausahaan (BSC), Kolej Systematic
KERJAYA: Model dan pelakon
DRAMA: Enigma, Demi, Sangga Saadah, Qa'naah, Cinta Medik, Impak Maksima The Series, Otai The Series, Pencak Akhir, Anak Mami, Kain Ketat dan SpaQ 2
FILEM: Bujang Senang, Malaikat Maut, Otai, Sifu dan Tongga, Rasukan Ablasa, Skrip 707
PENCAPAIAN: Pelakon Harapan Wanita Popular (Anugerah Shine Pantene) di ASK2007

Tertangkapnya Si Penipu SMS

Tuesday, June 8, 2010

PENGGUNA mesin ATM perlu melihat notis amaran yang ditampal oleh pihak bank untuk
mengelakkan mereka tertipu dengan sindiket SMS.



KUALA LUMPUR – Tanda tanya rakyat negara ini mengenai penghantaran khidmat pesanan ringkas (SMS) yang menawarkan hadiah wang tunai kepada pemilik telefon bimbit terjawab apabila polis menahan 26 individu baru-baru ini.

Suspek-suspek berusia antara 14 dan 41 tahun tersebut ditahan di sebuah unit kondominium dan sebuah rumah teres di Tawau, Sabah dalam operasi khas diketuai polis Bukit Aman minggu lalu.

Lebih mengejutkan apabila siasatan mendapati sindiket tersebut didalangi oleh warga asing dari Indonesia yang dikenali sebagai Pak Agos dan Acok. Mereka dikatakan telah mengaut keuntungan sebanyak RM6.4 juta sejak empat tahun lalu.





p/s: Info dari Kosmo

Lintah Paling Besar

Sunday, June 6, 2010

MOHD. IZMAN mengukur panjang lintah yang dijumpai dalam
parit Kampung Semandong, Padang Besar semalam.


PADANG BESAR - Penyelia tapak binaan, Mohd. Izman Ismail sudah lali bekerja dalam parit tetapi apa yang dialaminya di Semandong, dekat sini kelmarin pasti menjadikan dia lebih berhati-hati selepas ini.


Sewaktu turun ke dalam air bagi memeriksa kerja pemasangan parit tengah hari kelmarin, dia terdengar air berkocak dan terkejut besar apabila ternampak seekor lintah sebesar tapak tangan mengengsot ke arahnya.

"Saya ingatkan ikan, tapi lintah yang jauh lebih besar daripada lintah kerbau yang biasa saya lihat," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Pertunangan Aqasha



Diam-diam pelakon Aqasha bertunang? Melihat gambar-gambar yang mula tersebar dalam banyak blog hiburan ni macam benar aja ada majlis pertunangan melibatkan Aqasha.


Wanita yang sedang disarung cincin oleh ibu Aqasha ini namanya Mastura. Tapi Mangga Muda tak pastilah sama ada benar atau tidak gambar-gambar ini dirakam pada majlis pertunangan Aqasha. Ibu Aqasha menyarungkan cincin.

Tapi apabila melihat wajah ibu Aqasha sendiri yang sedang menyarungkan cincin dan aksi pose Aqasha bersama wanita itu makin besarlah kemungkinan cerita itu. Tapi Mangga Muda tak berani nak mengesahkannya sebab tak dapat mendengar dari mulut tuan punya badan.Selamat bertunang dan selamat berbahagia.

Mungkin tak lama lagi Aqasha atau keluarga akan membuat kenyataan apabila gambar majlis pertunangan tersebut tersebar.Biasalah... banyak artis yang tidak mahu menghebahkan majlis pertunangan sebab takut ada perkara yang tak diingini berlaku.

Mereka lebih selesa mengadakan majlis tertutup yang dihadiri oleh ahli keluarga dan teman rapat sahaja. Ia akan melincinkan majlis yang diatur.

Pelam Muda: Ingin ucap tahniah kepada Aqasha yang sedang menuju ke alam rumah tangga.


p/s: Info daripada mangga

Sinar.fm No.1 Malaysia?

Saturday, June 5, 2010

Dj paling happening di waktu pagi..xcaya dengarlah... :D


Radio Sinar FM baru diumumkan sebagai Radio No.1 di Malaysia berdasarkan penyelidikan pihak penyelidik. Tahniah diucapkan kepada stesen itu. Nampaknya stesen glamor lain tak boleh nak bermegah-megah lagi.
Apa bezanya Sinar FM berbanding radio lain yang selalu diuar-uarkan sebagai stesen radio yang menjadi sasaran penyanyi? Radio Era FM dan Hot FM sering dianggap stesen radio yang bakal menentukan populariti seseorang artis. Kalau lagu mereka tak dimainkan di corong radio itu alamatnya album akan terkubur kerana dua stesen itu sering dianggap rangkaian radio utama. Lagu-lagu Azlina Aziz dan Khaty juga dapat tempat.

Jadi sekarang tidak lagi. Tanggapan itu harus dikikis dan jangan memandang sepi stesen radio Sinar FM ataupun stesen lain yang kurang glamornya. Yalah kalau ada majlis penganugerahan pengacara radio popular, dua stesen tadi yang yang menguasai carta.

Raja Azura dan Salih Yaakub antara deejay Sinar FM yang diminati.
Apa istimewanya Sinar FM? Saya nampak Sinar FM sangat istimewa kepada industri muzik negara ini kerana mereka menyiarkan lagu-lagu tempatan sahaja. Hanya sejumlah kecil lagu-lagu luar yang diputarkan.

Sinar FM dengan moto Muzik Retro Terbaik menyiarkan lagu-lagu retro popular era 1970-an, 1980-an, 1990-an dan tidak terkecuali lagu-lagu baru yang ada sentuhan Melayu. Ada juga segmen lagu-lagu era Pop Yeh Yeh.

Lagu-lagu nyanyian Uji Rashid, Hail Amir, Datuk D. J. Dave, Datuk Khadijah Ibrahim, Datuk Sharifah Aini, Ramlah Ram, Azlina Aziz, Jamal Abdillah, Siti Fairuz, Raja Ema, Ibnor Riza, Nassier Wahab, Liyana dan ramai lagi sering jadi pilihan.

Tidak ketinggalan lagu-lagu Datuk Siti Nurhaliza, Misha Omar, Anuar Zain, Alyah, Aizat dan penganyi angkatan baru lain.Kalau nak dengar lagu-lagu Melayu boleh pilih saluran Sinar FM. Stesen di bawah RTM juga tidak ketinggalan memartabatkan lagu ciptaan dan nyanyian anak seni kita.

Sinar FM mendaki tangga sedikit demi sedikit dan akhirnya kini berada di tangga teratas. Semasa stesean glamor taksub dengan legu-lagu seberang, Sinar FM tetap setia dengan format mereka yang mengutamakan lagu-lagu retro tersendiri.

Info dari Mangga

Related Posts with Thumbnails
 
 
 
 
Copyright © Pelam Muda