Sinar.fm No.1 Malaysia?

Saturday, June 5, 2010

Dj paling happening di waktu pagi..xcaya dengarlah... :D


Radio Sinar FM baru diumumkan sebagai Radio No.1 di Malaysia berdasarkan penyelidikan pihak penyelidik. Tahniah diucapkan kepada stesen itu. Nampaknya stesen glamor lain tak boleh nak bermegah-megah lagi.
Apa bezanya Sinar FM berbanding radio lain yang selalu diuar-uarkan sebagai stesen radio yang menjadi sasaran penyanyi? Radio Era FM dan Hot FM sering dianggap stesen radio yang bakal menentukan populariti seseorang artis. Kalau lagu mereka tak dimainkan di corong radio itu alamatnya album akan terkubur kerana dua stesen itu sering dianggap rangkaian radio utama. Lagu-lagu Azlina Aziz dan Khaty juga dapat tempat.

Jadi sekarang tidak lagi. Tanggapan itu harus dikikis dan jangan memandang sepi stesen radio Sinar FM ataupun stesen lain yang kurang glamornya. Yalah kalau ada majlis penganugerahan pengacara radio popular, dua stesen tadi yang yang menguasai carta.

Raja Azura dan Salih Yaakub antara deejay Sinar FM yang diminati.
Apa istimewanya Sinar FM? Saya nampak Sinar FM sangat istimewa kepada industri muzik negara ini kerana mereka menyiarkan lagu-lagu tempatan sahaja. Hanya sejumlah kecil lagu-lagu luar yang diputarkan.

Sinar FM dengan moto Muzik Retro Terbaik menyiarkan lagu-lagu retro popular era 1970-an, 1980-an, 1990-an dan tidak terkecuali lagu-lagu baru yang ada sentuhan Melayu. Ada juga segmen lagu-lagu era Pop Yeh Yeh.

Lagu-lagu nyanyian Uji Rashid, Hail Amir, Datuk D. J. Dave, Datuk Khadijah Ibrahim, Datuk Sharifah Aini, Ramlah Ram, Azlina Aziz, Jamal Abdillah, Siti Fairuz, Raja Ema, Ibnor Riza, Nassier Wahab, Liyana dan ramai lagi sering jadi pilihan.

Tidak ketinggalan lagu-lagu Datuk Siti Nurhaliza, Misha Omar, Anuar Zain, Alyah, Aizat dan penganyi angkatan baru lain.Kalau nak dengar lagu-lagu Melayu boleh pilih saluran Sinar FM. Stesen di bawah RTM juga tidak ketinggalan memartabatkan lagu ciptaan dan nyanyian anak seni kita.

Sinar FM mendaki tangga sedikit demi sedikit dan akhirnya kini berada di tangga teratas. Semasa stesean glamor taksub dengan legu-lagu seberang, Sinar FM tetap setia dengan format mereka yang mengutamakan lagu-lagu retro tersendiri.

Info dari Mangga

6 comments:

ku syauqi said...

best dengar pagi celoteh salih yakkob n kak engku

Pelam Muda

Anonymous said...

Best 2 hehehe :D

Qiey

aku suke time luahan cinta time malam2..



muah ganda 24..(bunyi guruh)

hahaha!

akuvision said...

yeah sinar memang menggamit memori saya, best la dia jadi nombor satu

♥xaturen♥ said...

Saleh Yakkub sapa tak kenal!
asal memang dah kelakar org nya.

Anonymous said...

untuk siaran radio kilang IDT penang kami dihidangkan dengan sinar fm 24jam tanpa henti jadi tiada radio lain lagi dah..!! sinar fm tetap dihati kami

Related Posts with Thumbnails
 
 
 
 
Copyright © Pelam Muda