Tukang Masak Jadi Jutawan ??

Tuesday, July 13, 2010




SYDNEY - Seorang peserta realiti televisyen masakan, Marion Grasby (gambar) bakal menjadi tukang masak jutawan terbaru di Australia, lapor sebuah akhbar semalam.


Grasby yang berumur 27 tahun sebelum ini menjadi pilihan ramai untuk memenangi program realiti tukang masak 2010 sebelum dia disingkirkan Khamis lalu.

Namun, dia kini dihujani dengan tawaran komersial yang lumayan seperti memasarkan produknya tersendiri termasuk sos sate, buku masakan dan promosi masakannya.

Gadis itu turut bakal menjadi 'duta' untuk pasar raya Coles yang akan memasarkan sos masakannya.

Dia merupakan peserta pertama program realiti itu akan menjadi kolumnis untuk majalah MasterChef Magazine.

"Saya berasa terkejut dengan semua tawaran itu. Saya menganggap saya telah bekerja keras sejak saya berhenti daripada bidang kewartawanan dua tahun lalu. Ia merupakan sesuatu yang mengagumkan," katanya.

Sejak disingkirkan, dia dihubungi dengan panggilan daripada beberapa penerbit dan pembekal di Australia dan Thailand mengenai sos dan pes kari. - Agensi

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
 
 
 
Copyright © Pelam Muda