Pelik Tapi Benar Budak Mempunyai Anggota Tambahan Di Perut

Thursday, June 10, 2010

GAMBAR menunjukkan Deepak Paswan sebelum dia menjalani
 pembedahan di sebuah hospital di Bihar semalam.

BIHAR, India - Seorang budak lelaki India berusia tujuh tahun, Deepak Paswan akhirnya selamat menjalani pembedahan bagi membuang lapan anggota tambahan menyerupai kaki dan tangan di sebuah hospital dekat sini semalam.

Sepasukan 15 doktor di Hospital Fortis di Bangalore membuat pembedahan itu bagi membuang lebihan anggota tambahan tersebut yang sebenarnya merupakan daging parasit dan bersambung ke bahagian abdomen.

Anggota tambahan itu seolah-olah seperti empat tangan dan empat kaki.
Sebelum dia dibedah, terdapat penganut-penganut agama Hindu yang memujanya sebagai jelmaan Dewa Vishnu yang mempunyai banyak anggota badan.

"Dia sudah 100 peratus pulih," kata ketua pasukan pembedahan, Ramcharan Thiagrajan.
Menurutnya, pasukan pembedahan tersebut berdepan dengan cabaran untuk memastikan bahagian usus budak itu berfungsi dengan betul untuk tempoh jangka panjang.

Bapanya, Viresh Pasawan berkata, mereka sekeluarga bersyukur kerana kos pembedahan yang mencecah 2.34 juta rupee (RM166,350) ditanggung sepenuhnya oleh pihak hospital berkenaan.
Anaknya dimasukkan ke hospital itu pada 30 Mei lalu.

Pasawan yang berusia 30-an dan bertugas sebagai pekerja pembinaan menyifatkan pembedahan anaknya dianggap paling rumit serta berbahaya apabila ia mengambil masa selama empat jam.

Pasawan menganggap pembedahan anaknya itu sebagai ajaib. Dia berkata, anaknya itu akan pergi ke sekolah sebagai manusia normal selepas pulih daripada pembedahan.

4 comments:

ardinihumaira said...

kuasa Allah...


nampak macam sebenarnya nak jadi kembar siam kan..

Hai.. Jemput Ke Blog Dni ;)

hans said...

ku baca dalam KOSMO tadi
selamat bedah dah
alhamdulillah

+qasih nadira+ said...

memang pelik~alhamdulillah selamat dibedah~

Ieeko. said...

Wow. Allah masa kuasa.

Berzikir jap tadi.

Besar sungguh kuasa-NYA.

Related Posts with Thumbnails
 
 
 
 
Copyright © Pelam Muda