Sunday, June 6, 2010
Diam-diam pelakon Aqasha bertunang? Melihat gambar-gambar yang mula tersebar dalam banyak blog hiburan ni macam benar aja ada majlis pertunangan melibatkan Aqasha.
Wanita yang sedang disarung cincin oleh ibu Aqasha ini namanya Mastura. Tapi Mangga Muda tak pastilah sama ada benar atau tidak gambar-gambar ini dirakam pada majlis pertunangan Aqasha. Ibu Aqasha menyarungkan cincin.
Tapi apabila melihat wajah ibu Aqasha sendiri yang sedang menyarungkan cincin dan aksi pose Aqasha bersama wanita itu makin besarlah kemungkinan cerita itu. Tapi Mangga Muda tak berani nak mengesahkannya sebab tak dapat mendengar dari mulut tuan punya badan.Selamat bertunang dan selamat berbahagia.
Mungkin tak lama lagi Aqasha atau keluarga akan membuat kenyataan apabila gambar majlis pertunangan tersebut tersebar.Biasalah... banyak artis yang tidak mahu menghebahkan majlis pertunangan sebab takut ada perkara yang tak diingini berlaku.
Mereka lebih selesa mengadakan majlis tertutup yang dihadiri oleh ahli keluarga dan teman rapat sahaja. Ia akan melincinkan majlis yang diatur.
Pelam Muda: Ingin ucap tahniah kepada Aqasha yang sedang menuju ke alam rumah tangga.
p/s: Info daripada mangga
Resepi Tauhu Bergedil Mudah Dan Sedap
-
Tauhu bergedil pernah jadi viral sebelum ini dan ramai yang mencuba membuat
sendiri kerana resepinya sangat mudah. Kali ini Iday nak share resepi cara
m...
1 year ago
2 comments:
taniah !!!
Qiey
Syabas Aqasha... :D
Pelam Muda
Post a Comment