Tertelan Nyamuk Semasa Membaca Berita

Sunday, July 25, 2010

RAKAMAN menunjukkan detik ketika seekor nyamuk (dalam bulatan) 
terbang memasuki mulut Ching.



TAIPEI - Seorang penyampai berita televisyen Taiwan, Huang Ching dikejarkan ke sebuah hospital selepas tertelan seekor nyamuk yang muncul ketika dia sedang membaca berita secara langsung di
 udara, lapor sebuah akhbar semalam.

Wanita tersebut tercekik diserang asma apabila serangga itu tersangkut di kerongkong
 dan menyebabkan pengurusan stesen China Television Co. memutuskan siaran berita dengan iklan selama empat minit.

Dia masih meneruskan tugas walaupun kelihatan nafasnya tercungap sebelum siaran diputuskan seketika dan seorang lagi rakan penyampai berita segera mengambil alih tempat Huang Ching yang sedang menerima rawatan kecemasan.

"Saya tidak pernah menjangka penangan seekor nyamuk boleh memberi kesan amat besar dan menjadikan hari itu bertukar sebagai begitu teruk," kata Huang Ching yang menghabiskan masa beberapa hari di sebuah hospital tempatan.


Sumber Kosmo

4 comments:

IKRAM said...

sedapnya telan nyamuk :D

Miro Slav said...

dasyat effect dia...

aque said...

tertelan nyamuk sampai sesak nafas.... teruk tu...

tapi die still cover agkan.. terukan bace berita walopown tecungap3...

cayalah..

Snoop said...

nyamuk ni pun satu..kesian kat orang tu ..tunggula smpi org hbs baca berita dl..heheh

Related Posts with Thumbnails
 
 
 
 
Copyright © Pelam Muda