Funk Up Your BlackBerry with Limited Edition Phone Socks by DiGi

Wednesday, August 18, 2010




We all love our gadgets, and most of you probably understand if we talk about the strange bond that we have with our mobile phones in particular. Some of us can’t sleep without their phones on the side of the bed and some of us can’t live without their phones..

Here’s a chance for you to get yourself a new phone on your side. DiGi is giving away RM 1,000,000 worth of Blackberry Bold 9700 smartphones with their Hari Hari Blackberry Mari promotion, and that’s not the only thing they’re giving away.

Here’s where it pays to be a Angel of the DiGi Evangelist program, because there’s more stuff exclusively for DiGi Angels with Nuffnang! DiGi is giving away 6 limited edition phone socks so you can jazz up that Blackberry phone you just won, and make it truly your own :)
















There’ll be one phone sock given away each week, so if you don’t get it the first time, you can always try again. Check out the phone socks that you can win every week – they come with their very own birth certificates too!

The contest started 2 August 2010, so we’re already on the third week now.


 











 












 



 If you want one of these phone socks for yourself, it’s really easy. All you have to do is write a blog post and tell us why you want the limited edition phone socks in line with the Hari Hari Blackberry Mari promotion. Once you’re done, drop a comment on this post on the DiGi Evangelist page with the permalink of your blog post.




 











You know your precious BlackBerry would give anything to add a pop of colour to its life, so get going with your blog post now! More details about the contest can be found at this post, and for more information about the Hari Hari Blackberry Mari promotion, log on to http://hariharimari.com/ or visit Nuffnang.


Fighting Umbrella Corporation

Friday, August 13, 2010

poster


Dunia yang telah dirosakan oleh infeksi virus, Alice (Milla Jovovich) meneruskan perjalanan untuk mencari korban yang masih selamat dari wabak T- Virus dan membawa mereka ketempat yang selamat.

Pertempuran dasyat dengan Umbrella Corporation mencapai penghujungnya, tapi Alice mendapat bantuan tak terduga dari seorang teman lama [klon'nya] yang masih terselamat. Sebuah petunjuk baru yang menjanjikan sebuah tempat selamat dari kematian dan membawa mereka ke Los Angeles. Tetapi tempat dari petunjuk itu hanyalah perangkap kepada mereka. Alice dan klon’nya terperangkap, kerana ketika mereka tiba kota tersebut, ribuan zombie sedang menanti kedatangn mereka.

Perperangan 'Zombie' akan berlaku dengan dasyatnya, hanya 1 senjata berkuasa sahaja dapat membunuh zombie-zombie. Penjahat yang masih hidup bersembunyi di tempat Umbrella Corporation.

Bagi Umbrella Corporation, tempat mereka kononnya selamat dari ancaman zombie yang menganas dan boleh bersembunyi dari Alice, tapi silap! Alice berjaya memecah masuk dan melawan musuh dari Umbrella Corporation itu. Adakah Alice dan klonnya selamat dari para zombie dan peminmpin Umbrella Corporation?

Sama-sama kita saksikan pertempuran dasyat zombie dan musuh dari Umbrella Corporation di skrin 3D, bersama-sama zombie yang bakal menganas di depan mata anda pada 10 September 2010.

Jom Berbuka Puasa Dengan Nuffnang..

Saturday, August 7, 2010



Menjelang bulan Ramadhan yang bakal menjelang minggu depan, Nuffnang ingin menjemput saudara dan saudari untuk menyertai Sesi Berbuka Puasa Bersama Nuffnang di The Apartment, KLCC.

Tujuan sesi berbuka puasa ini diadakan adalah untuk mengeratkan silatulrahim di antara para blogger beragama Islam dan kakitangan Nuffnang yang berada di sebalik tabir perkhidmatan menjual ruang-ruang iklan di blog anda. Selain itu, para blogger juga boleh mengambil kesempatan ini untuk bertemu dan bergaul di antara satu sama lain terutamanya bagi mereka yang tidak pernah bertemu sebelum ini tetapi telah lama membaca blog sesama diri.

Para blogger juga berpeluang menjamu selera dengan hidangan Buffet Ramadhan yang disediakan khas oleh The Apartment yang mengutarakan sajian Negeri Sembilan dan Perak sebagai tema utama tahun ini. Antara sajian yang bakal menunggu para blogger yang hadir adalah daging salai masak lemak, rendang ayam Kuala Pilah, ikan kembung masak tempoyak asam, kuih sepang kukus dan banyak lagi!

Hidangan-hidangan ini semua khas disediakan Chef Rafizi Shariff yang berasal dari Negeri Sembilan dan cukup terkenal dengan masakan Melayu, Perancis dan antarabangsa.

Ayuh, sekiranya anda ingin menyertai Sesi Berbuka Puasa Bersama Nuffnang, hantarkan email kepada berbukapuasa@nuffnang.com dengan nama penuh dan URL blog anda. 15 blogger pertama yang menghantar emel kepada kami akan dijemput untuk menghadiri sesi berbuka puasa ini. Bagi tujuan mengeratkan hubungan para blogger di dalam komuniti kami, jemputan ini hanyalah untuk seorang sahaja. Ini akan memberi peluang kepada lebih ramai blogger untuk menghadiri sesi ini. Sesi berbuka puasa ini adalah esklusif untuk ahli-ahli Glitterati sahaja.

Nuffnang ingin mengucapkan ‘Selamat Menjalankan Ibadah Puasa’ kepada semua Muslimin dan Muslimat di seluruh negara.

"muafakat membawa berkat"

Tertelan Nyamuk Semasa Membaca Berita

Sunday, July 25, 2010

RAKAMAN menunjukkan detik ketika seekor nyamuk (dalam bulatan) 
terbang memasuki mulut Ching.



TAIPEI - Seorang penyampai berita televisyen Taiwan, Huang Ching dikejarkan ke sebuah hospital selepas tertelan seekor nyamuk yang muncul ketika dia sedang membaca berita secara langsung di
 udara, lapor sebuah akhbar semalam.

Wanita tersebut tercekik diserang asma apabila serangga itu tersangkut di kerongkong

Optical Illusions..

Saturday, July 17, 2010

lets check this out!!

1. All lines in this figure seem like to bent right? 















Actually there are straight and parallel to each other


2. Old woman or young lady?























3. Which centered dot is bigger?












both are in same size=)



4. A duck or a rabbit?                       
















5. Find the lowest step of this stairs..





6. how many black dot in this picture?




















7.in figure below, it seems like line C should be connecting to line A..


Actually line C is connected to line B.




8. what you can see in this figure?


















A face or the word 'liar'?


9. can you see a face staring at you in this picture?
















Maya Karin Bergelar Janda




KUALA LUMPUR - Pengesahan nikah yang dibuat pelakon dan pengacara Maya Karin serta suaminya, Muhammad Ali dua minggu lalu gagal menutup kemelut dalam rumah tangga pasangan itu apabila mereka disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam.


Menurut sumber mahkamah, Maya, 31, dan Muhammad Ali atau nama sebenarnya, Steven David Shorthose, 41, dilihat hadir di mahkamah secara berasingan untuk bercerai secara baik.

Hakim Syarie, Mohd. Amran Mat Zain memutuskan pasangan itu sah bercerai selepas berpuas hati dengan keterangan kedua-dua pihak.

Bagaimanapun butir-butir lanjut mengenai perceraian mereka tidak diketahui memandangkan pasangan tersebut mengambil pendekatan berdiam diri dan merahsiakan daripada media.

Peguam syarie, Norhusniah Husin hadir bagi pihak Maya manakala Muhammad yang juga seorang guru Matematik di sekolah antarabangsa tidak diwakili peguam.

Perceraian tersebut semalam menjawab teka-teki berhubung tindakan pasangan itu yang hanya memohon untuk mengesahkan nikah mereka setelah dua tahun berkahwin baru-baru ini.

Status rumah tangga pasangan itu kembali menjadi bualan setelah mereka hadir di mahkamah pada 24 Jun lalu memohon untuk mengesahkan nikah di Itali dengan 7 Julai kemudian, Hakim syarie Shaiful Azli Jamaluddin mengesahkan pernikahan tersebut.





sumber kosmo

Ronaldo Ada Anak Luar Nikah

Tuesday, July 13, 2010


LONDON - Keluarga pemain bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo (gambar) berasa terkejut dengan tindakan bintang itu yang mahu menjaga sendiri anak lelakinya yang diperoleh menerusi sumbangan seorang ibu tumpang, lapor sebuah akhbar semalam.


Ibu Ronaldo, Maria Dolores dos Santos Aveiro pada mulanya terkejut apabila bintang bola sepak itu memberitahunya dia akan menjadi bapa.

Satu sumber dekat dengan bintang bola sepak itu memberitahu, keluarga Ronaldo menganggap anak berkenaan perlu dibesarkan oleh ibu dan bapanya secara bersama dan bukannya oleh bintang bola sepak tersebut secara bersendirian.

"Terdapat perbalahan dan beberapa anggota keluarga enggan memberikan restu kepada anak Ronaldo," kata sumber itu.

Menurut sumber itu, terdapat luka dalam keluarga yang perlu dibaiki oleh Ronaldo dan ia memerlukan masa.

Ronaldo mengumumkan dia menjadi bapa kepada seorang bayi yang baru dilahirkan selepas Portugal tersingkir pada Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia di Afrika Selatan baru-baru ini.

Identiti bayi itu bagaimanapun dirahsiakan oleh Ronaldo. - Agensi

Tukang Masak Jadi Jutawan ??




SYDNEY - Seorang peserta realiti televisyen masakan, Marion Grasby (gambar) bakal menjadi tukang masak jutawan terbaru di Australia, lapor sebuah akhbar semalam.


Grasby yang berumur 27 tahun sebelum ini menjadi pilihan ramai untuk memenangi program realiti tukang masak 2010 sebelum dia disingkirkan Khamis lalu.

Namun, dia kini dihujani dengan tawaran komersial yang lumayan seperti memasarkan produknya tersendiri termasuk sos sate, buku masakan dan promosi masakannya.

Gadis itu turut bakal menjadi 'duta' untuk pasar raya Coles yang akan memasarkan sos masakannya.

Dia merupakan peserta pertama program realiti itu akan menjadi kolumnis untuk majalah MasterChef Magazine.

"Saya berasa terkejut dengan semua tawaran itu. Saya menganggap saya telah bekerja keras sejak saya berhenti daripada bidang kewartawanan dua tahun lalu. Ia merupakan sesuatu yang mengagumkan," katanya.

Sejak disingkirkan, dia dihubungi dengan panggilan daripada beberapa penerbit dan pembekal di Australia dan Thailand mengenai sos dan pes kari. - Agensi

Fatwa UAE haram tiup vuvuzela

Monday, July 12, 2010


DUBAI - Pihak berkuasa hal ehwal agama Islam Emiriah Arab Bersatu (UAE) kelmarin mewartakan fatwa yang melarang masyarakat Islam meniup kuat trumpet popular Piala Dunia 2010 iaitu vuvuzela sehingga melebihi kadar 100 decibel.


Akhbar-akhbar negara Teluk itu melaporkan, keputusan dibuat dengan alasan bunyi vuvuzela pada kadar minimum itu yang menyamai bunyi bising kereta api bergerak laju boleh memudaratkan pendengaran pengguna dan orang di sekitarnya.

Ribuan trumpet tradisi masyarakat Afrika Selatan itu yang diperbuat daripada plastik laris dijual di UAE dan ia biasanya boleh ditiup sehingga mencapai kadar 144 decibel, bersamaan dengan bunyi mercun meletup atau jet berlepas. - Agensi

Cut Tari pinta Kemaafan

Saturday, July 10, 2010


JAKARTA - Pengacara televisyen terkenal, Cut Tari menangis teresak-esak semasa membuat permohonan maaf kepada penduduk negaranya termasuk Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono berhubung skandal klip video lucah yang menyiarkan pelakon miripnya dengan penyanyi Ariel Peterpan, lapor beberapa buah akhbar semalam.


Cut Tari membuat pengakuan itu pada satu sidang akhbar yang dihadiri oleh suaminya, Johannes Joesoef Subrata dan peguam belanya, Hotman Paris Hutapea.

Sebelum membuat permohonan maaf itu, Cut Tari menarik nafas kemudian berkata: "Kepada Bapak Presiden RI (Republik Indonesia) berserta ibu, Bapak Kapolri (Ketua Polis Indonesia) berserta ibu, Bapak Kabareskrim (Badan Siasatan Jenayah) berserta ibu, bapak ibu dan penyelidik Mabes Polri (penyiasat polis), tokoh agama dan tokoh masyarakat yang saya hormati, para orang tua dan masyarakat Indonesia.

"Atas nama peribadi dan atas nama keluarga saya memohon maaf yang sebesar-besarnya. Mohon maaf atas pemberitaan baru-baru ini yang menyangkut diri saya yang telah menimbulkan keresahan di masyarakat. Sekali lagi saya mohon maaf."

Selepas dia membuat permohonan maaf tersebut, Cut Tari menangis.

"Saya hanya mahu minta maaf. Saya cuma minta dimaafkan," katanya.

Dia turut meminta maaf kepada suaminya dan berterima kasih kepadanya kerana masih setia sejak skandal klip video tersebut tersebar.

Suaminya turut memegang tangan Cut Tari untuk menenangkan isterinya yang sedang menangis.

Sementara itu, ketika ditanya pemberita sama ada wanita dalam klip video tersebut adalah dirinya, peguam Cut Tari berkata: "Jangan tanya lagi tentang benar tidaknya (video berkenaan).

"Bagi masalah undang-undang, saya serahkan kepada penegak hukum."

Menurutnya, semasa skandal itu terbongkar, Cut Tari tidak berani keluar rumah untuk membeli air mineral.

Sebelum mengakhiri sidang itu, Cut Tari turut berkata: "Demikian permohonan maaf saya sampaikan dan Insya-Allah pintu maaf terbuka untuk saya. Sudah ya." - Agensi

Diego Maradona Kecewa World Cup 2010

Wednesday, July 7, 2010


BUENOS AIRES - Jurulatih pasukan bola sepak Argentina, Diego Maradona dan pemain-pemainnya menolak jemputan Presiden Argentina, Cristina Kirchner untuk menghadiri satu majlis penghargaan di Istana Presiden selepas mereka tewas 4-0 kepada Jerman pada saingan suku akhir Piala Dunia. Perkara itu didedahkan oleh Presiden itu kepada rakyat negara tersebut kelmarin.

Kirchner menggantikan suaminya selaku ketua negara pada Disember 2007 itu turut memberitahu beliau cuba bercakap dengan Maradona mengenai kekalahan itu.

Namun, katanya, jurulatih itu terlalu kecewa untuk bercakap mengenainya.

"Anda tahu, Presiden ini cuba menunjukkan sifat sebenarnya kepada mereka yang berada pada saat-saat sukar dan bukan ketika gembira sahaja. Justeru, saya menjemput skuad kita ke Istana Presiden.

"Namun, mereka menolak kerana berasakan tidak berhak untuk menerima penghormatan sebegitu.      

"Tetapi, saya percaya bahawa mereka silap. Mereka (skuad bola sepak Argentina) layak menerimanya (penghargaan) dan saya akan menunggu mereka," kata Kirchner pada satu perjumpaan di San Miguel.

Wanita yang pernah menjadi senator selama 12 tahun sebelum dipilih menjadi Presiden itu meminta rakyat Argentina supaya menjadi kuat dalam menghadapi saat-saat sedih ketika menyaksikan negara mereka gagal menempah slot empat pasukan terakhir dalam perlawanan Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

"Saya ada menelefonnya (Maradona) selepas sidang media. Namun, dia tidak boleh bercakap kerana dia sedang menangis." katanya.

Seperti kebanyakan rakyat Argentina, Kirchner memberikan sokongan padu kepada Maradona.

"Saya menawarkan sokongan saya kerana tiada siapa yang mampu memberikan kita kegembiraan di padang selain Diego Armando Maradona," katanya.

Maradona yang berdepan masalah kewangan serius kerana hutang cukai terhadap pemerintah Itali mencecah AS$50.5 juta (RM161.8 juta) memberi bayangan akan meletak jawatan sebaik sahaja tiba di Argentina.

"Cukuplah. Kitaran saya sudah berakhir. Saya sudah memberikan semua yang saya ada," kata Maradona ketika dia tiba di rumahnya di sini. - AFP


Sumber Kosmo

Saiful Apek Di Serbu Polis

Monday, June 14, 2010


KUALA LUMPUR - Seorang pelakon lelaki dan pelawak terkenal, Saiful Apek ditahan setelah dia disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah ketika serbuan di sebuah rumah Pangsapuri Sunway Court di PJS 7, Bandar Sunway dekat sini malam kelmarin.


Artis tersebut yang juga pengacara ditahan pada pukul 10 malam bersama lima lagi rakan termasuk seorang wanita di kediaman milik pelakon tersebut. Difahamkan, lima lagi individu berusia lingkungan 20-an yang ditahan merupakan pekerja kepada artis itu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, pelawak berusia 41 tahun itu ditahan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Subang Jaya setelah menyerbu rumah tersebut."Kita mengambil masa satu jam membuat intipan sebelum menyerbu rumah itu.

"Ketika diserbu, artis tersebut bersama rakan-rakannya sedang berehat di dalam rumah," kata beliau ketika dihubungi Kosmo! semalam.Menurut beliau, pemeriksaan di dalam rumah itu membawa kepada penemuan sebanyak 40 gram ganja.

"Ujian saringan awal air kencing mendapati kesemua mereka termasuk Saiful Apek yang ditahan dalam rumah itu positif mengambil ganja," kata beliau. Zainal Rashid memberitahu, Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohd. Saifulazam Mohammad Yusoff bersama lima rakannya kini ditahan reman selama empat hari sehingga 16 Jun ini bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu mengambil dadah.
Kertas siasatan juga dibuka mengikut Seksyen 39 (a)(1) dan Seksyen 6 akta yang sama iaitu memiliki dadah dan ganja.

Farid Kamil Menjiwai Lagenda Budak Setan (LBS)

Friday, June 11, 2010

Menjiwai watak Kasyah dalam Lagenda Budak Setan (LBS) sepenuh hati seolah-olah watak romantis dan pencinta setia itu menggambarkan dirinya yang sebenar. Namun Farid menyangkal dirinya bukanlah seorang pencinta agung.


"Apa yang dilakukan Kasyah dalam LBS tidak mungkin dilakukan lelaki zaman sekarang, kalau ada pun mungkin sukar untuk dicari. Mungkin saya boleh jadi seperti itu, tapi tak mungkin saya sanggup membuang masa begitu saja kerana banyak lagi yang perlu dicapai dalam hidup.

"Bagi saya, Kasyah adalah seorang lelaki biasa yang jatuh cinta buat kali pertama. Jujur saya seronok dapat watak Kasyah, namun sedikit gementar kerana pembaca novel begitu sukakan Kasyah. Saya terokai dan serapkan emosi dan karektor Kasyah dalam diri.

"Jujurnya saya tak pernah baca novel ini sehinggalah diberi tawaran memegang watak utama. Saya lupakan skrip dan fokus kepada novel untuk memahami sendiri penderitaan Kasyah dan dari situ baru wujud emosi untuk digambarkan," ujarnya yang turut terlibat dengan drama Lagenda Budak Setan.

Mengakui ayahnya turut mengalirkan air mata sewaktu menonton filem ini, Farid bersetuju jiwa lelakinya turut tersentuh melihat kisah cinta agung dan penderitaan watak yang dicipta Ahadiat Akashah. Membaca novel asal sudah menerbitkan kesedihan, apatah lagi bila kisah tersebut difilemkan dan ditayangkan secara nyata kepada penonton.
 
 
 
sumber dari mangga

Pelik Tapi Benar Budak Mempunyai Anggota Tambahan Di Perut

Thursday, June 10, 2010

GAMBAR menunjukkan Deepak Paswan sebelum dia menjalani
 pembedahan di sebuah hospital di Bihar semalam.

BIHAR, India - Seorang budak lelaki India berusia tujuh tahun, Deepak Paswan akhirnya selamat menjalani pembedahan bagi membuang lapan anggota tambahan menyerupai kaki dan tangan di sebuah hospital dekat sini semalam.

Sepasukan 15 doktor di Hospital Fortis di Bangalore membuat pembedahan itu bagi membuang lebihan anggota tambahan tersebut yang sebenarnya merupakan daging parasit dan bersambung ke bahagian abdomen.

Anggota tambahan itu seolah-olah seperti empat tangan dan empat kaki.
Sebelum dia dibedah, terdapat penganut-penganut agama Hindu yang memujanya sebagai jelmaan Dewa Vishnu yang mempunyai banyak anggota badan.

"Dia sudah 100 peratus pulih," kata ketua pasukan pembedahan, Ramcharan Thiagrajan.
Menurutnya, pasukan pembedahan tersebut berdepan dengan cabaran untuk memastikan bahagian usus budak itu berfungsi dengan betul untuk tempoh jangka panjang.

Bapanya, Viresh Pasawan berkata, mereka sekeluarga bersyukur kerana kos pembedahan yang mencecah 2.34 juta rupee (RM166,350) ditanggung sepenuhnya oleh pihak hospital berkenaan.
Anaknya dimasukkan ke hospital itu pada 30 Mei lalu.

Pasawan yang berusia 30-an dan bertugas sebagai pekerja pembinaan menyifatkan pembedahan anaknya dianggap paling rumit serta berbahaya apabila ia mengambil masa selama empat jam.

Pasawan menganggap pembedahan anaknya itu sebagai ajaib. Dia berkata, anaknya itu akan pergi ke sekolah sebagai manusia normal selepas pulih daripada pembedahan.

Artis Di Tawar Jutaan Ringgit Dari VVIP

Wednesday, June 9, 2010

MELIHAT rakan sebaya sudah berumah tangga, terdetik jua di hati Fouziah Gous, 28, untuk mengakhiri zaman bujangnya, namun, kata Fouziah, belum ada calon suami yang sesuai untuk dirinya ketika ini.

Dulu, bekas pramugari Penerbangan Malaysia (MAS) ini pernah digosipkan dengan pelakon Iqram Dinzly, 29. Namun, hubungan mereka lebih dianggap sebagai gimik dan cinta lokasi. Sekejap ada, sekejap hilang.
Baru-baru kecoh pula di halaman sosial Twitter mengatakan Fouziah dilamar 'secara murahan' oleh Iqram. Maklum sajalah dalam laman itu ramai dalam kalangan rakan Twitter boleh melihat apa yang mereka sembangkan itu.Dalam pertemuan dengan Fouziah di Balai Berita, minggu lalu, Fouziah menjelaskan itu semua hanya usikan Iqram semata-mata."Saya tahu Iqram hanya mengusik dan saya pun membalasnya saja secara suka-suka. Tak sangka pula perkara ini menjadi isu pula. Memanglah pada umur sekarang, ia saat yang sesuai untuk berumah tangga tapi tidaklah sampai saya 'melelong diri' di Internet!

"Saya masih waras lagi. Apabila ramai yang turut memberi komen dalam halaman itu, saya sudah tidak mengaktifkan Twitter saya lagi. Memang saya agak cuai kerana halaman itu boleh dilayari sesiapa saja.
"Saya tak akan buat lagi perkara macam itu. Pun begitu saya tidak begitu terasa hati kerana ia bukanlah perkara serius, saja bergurau dengan Iqram. Banyak perkara lain yang perlu saya fikirkan terutama mengenai kerjaya saya sekarang," katanya kepada Rap.

Kata Fouziah yang semakin langsing, memang dia teringin menamatkan zaman solonya secepat mungkin. Emaknya juga sudah bising, tetapi hendak buat macam mana kerana belum ada jodoh."Ciri lelaki yang menjadi idaman saya, dia mestilah menerima saya seperti gadis biasa di luar di sana dan bukannya sebagai Fouziah Gous seorang pelakon.

"Lelaki itu mesti ada prinsip hidup, pekerjaan tetap dan seorang yang beriman. Dia juga mestilah seorang yang bijak.

"Tapi terus terang, sehingga sekarang, saya belum lagi berjumpa jejaka idaman saya yang sebenar-benarnya. Malah kalau ditakdirkan berkahwin nanti, saya bersedia berundur dari bidang seni jika itulah pengorbanan yang perlu saya lakukan untuk suami," katanya .

Menjawab soalan mustahil wanita cantik sepertinya tiada yang cuba himpit termasuk VIP dan tokoh
korporat, Fouziah mendedahkan, ia memang ada, tetapi dia sendiri yang lari! Katanya, ada lelaki VIP yang cuba memancingnya dengan wang jutaan ringgit tetapi dia tidak mahukan itu semua kerana percaya, cara itu tidak akan dapat mengekalkan kebahagiaan hidup.

"Siapa yang mahu beri kita duit berjuta tanpa mendapat apa-apa? Wang memang boleh buat manusia jadi kelabu mata tapi maruah diri saya cuma satu saja. Saya kena pertahankannya demi nama baik diri dan keluarga."Ada juga yang sanggup pakai orang tengah untuk keluar dengan saya. Pernah saya kena ugut kerana tak mahu melayan tawaran orang seperti itu. Sedih sangat mereka cuba menggunakan cara kotor, tapi saya sabar. Lamaran kerja tempoh singkat itu dipanggil 'dinner job'. Tentu anda faham apa maksud saya.

"Mungkin bagi sesetengah orang apabila tawaran lumayan muncul depan mata, ia ibarat orang mengantuk disorongkan bantal. Tapi saya tak perlu itu semua. Saya mahu jual bakat lakonan. Sekali terjerat, makan tak habis!"Alhamdulillah, rezeki berlakon tidak putus-putus sehingga tak cukup rehat. Saya juga menjadi duta produk kecantikan Alaisya dan baru-baru ini ada syarikat kecantikan lain mahu saya menjadi jurucakap mereka. Saya tolak dengan baik dan biarlah saya setia pada yang satu," ujarnya.

Tidak mahu terlalu memaksa diri untuk terus bekerja, baru-baru ini Fouziah dan rakannya pergi menyelam di Pulau Perhentian, Terengganu. Katanya, tangannya sampai ada kesan berbirat kerana panas berjemur. Dari dulu Fouziah memang suka menyelam, cuma sekarang tiada banyak masa untuk melakukannya.

"Saya terpaksa bercuti kerana badan saya memerlukan rehat yang cukup dan kenalah menolak satu dua
tawaran yang datang. Selagi saya berada di Kuala Lumpur, tentu sukar menolak tawaran berlakon. Jadi lebih baik saya bawa diri sekejap. Ada kelapangan nanti, saya akan ke pulau lagi," katanya.

Fouziah juga baru habis berlakon drama bersiri Syah Jihan yang kini disiarkan di TV3 menerusi slot Akasia setiap Isnin hingga Khamis, jam 6.30 petang.Dalam drama itu, Fouziah diberi peranan Syah atau nama penuhnya, Aisyah dan watak Jihan pula disandang Kamal Adli. Syah tersepit antara tanggungjawabnya kepada keluarga dan cintanya terhadap Jihan.

Sejak kecil Syah diserahkan kepada ibu angkatnya, Mak Yah (Delimawati). Arwah ibu Syah berpesan kepada Mak Yah jangan benarkan Syah mendekati keluarga bapanya (Tuan Aris).Apabila dewasa, Syah ingin tahu apa sebenarnya berlaku dan kenapa ibunya melarang dia mencari keluarga bapanya.Pada waktu terdekat ini, Fouziah akan ke lokasi drama raya puasa, Kuih Goyang Syafik di sekitar Kuala Lumpur.

>PROFIL

NAMA: Nor Fouziah Mohd Gous
PANGGILAN: Fouziah Gous
TARIKH LAHIR: 11 Disember 1982
TEMPAT LAHIR: Hospital Kuala Lumpur (HKL)
USIA: 26 tahun
TINGGI: 165cm
BERAT: 48kg
STATUS: Bujang
KELUARGA: Bongsu daripada lima beradik
PENDIDIKAN: Diploma Kesetiausahaan (BSC), Kolej Systematic
KERJAYA: Model dan pelakon
DRAMA: Enigma, Demi, Sangga Saadah, Qa'naah, Cinta Medik, Impak Maksima The Series, Otai The Series, Pencak Akhir, Anak Mami, Kain Ketat dan SpaQ 2
FILEM: Bujang Senang, Malaikat Maut, Otai, Sifu dan Tongga, Rasukan Ablasa, Skrip 707
PENCAPAIAN: Pelakon Harapan Wanita Popular (Anugerah Shine Pantene) di ASK2007

Tertangkapnya Si Penipu SMS

Tuesday, June 8, 2010

PENGGUNA mesin ATM perlu melihat notis amaran yang ditampal oleh pihak bank untuk
mengelakkan mereka tertipu dengan sindiket SMS.



KUALA LUMPUR – Tanda tanya rakyat negara ini mengenai penghantaran khidmat pesanan ringkas (SMS) yang menawarkan hadiah wang tunai kepada pemilik telefon bimbit terjawab apabila polis menahan 26 individu baru-baru ini.

Suspek-suspek berusia antara 14 dan 41 tahun tersebut ditahan di sebuah unit kondominium dan sebuah rumah teres di Tawau, Sabah dalam operasi khas diketuai polis Bukit Aman minggu lalu.

Lebih mengejutkan apabila siasatan mendapati sindiket tersebut didalangi oleh warga asing dari Indonesia yang dikenali sebagai Pak Agos dan Acok. Mereka dikatakan telah mengaut keuntungan sebanyak RM6.4 juta sejak empat tahun lalu.





p/s: Info dari Kosmo

Lintah Paling Besar

Sunday, June 6, 2010

MOHD. IZMAN mengukur panjang lintah yang dijumpai dalam
parit Kampung Semandong, Padang Besar semalam.


PADANG BESAR - Penyelia tapak binaan, Mohd. Izman Ismail sudah lali bekerja dalam parit tetapi apa yang dialaminya di Semandong, dekat sini kelmarin pasti menjadikan dia lebih berhati-hati selepas ini.


Sewaktu turun ke dalam air bagi memeriksa kerja pemasangan parit tengah hari kelmarin, dia terdengar air berkocak dan terkejut besar apabila ternampak seekor lintah sebesar tapak tangan mengengsot ke arahnya.

"Saya ingatkan ikan, tapi lintah yang jauh lebih besar daripada lintah kerbau yang biasa saya lihat," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Pertunangan Aqasha



Diam-diam pelakon Aqasha bertunang? Melihat gambar-gambar yang mula tersebar dalam banyak blog hiburan ni macam benar aja ada majlis pertunangan melibatkan Aqasha.


Wanita yang sedang disarung cincin oleh ibu Aqasha ini namanya Mastura. Tapi Mangga Muda tak pastilah sama ada benar atau tidak gambar-gambar ini dirakam pada majlis pertunangan Aqasha. Ibu Aqasha menyarungkan cincin.

Tapi apabila melihat wajah ibu Aqasha sendiri yang sedang menyarungkan cincin dan aksi pose Aqasha bersama wanita itu makin besarlah kemungkinan cerita itu. Tapi Mangga Muda tak berani nak mengesahkannya sebab tak dapat mendengar dari mulut tuan punya badan.Selamat bertunang dan selamat berbahagia.

Mungkin tak lama lagi Aqasha atau keluarga akan membuat kenyataan apabila gambar majlis pertunangan tersebut tersebar.Biasalah... banyak artis yang tidak mahu menghebahkan majlis pertunangan sebab takut ada perkara yang tak diingini berlaku.

Mereka lebih selesa mengadakan majlis tertutup yang dihadiri oleh ahli keluarga dan teman rapat sahaja. Ia akan melincinkan majlis yang diatur.

Pelam Muda: Ingin ucap tahniah kepada Aqasha yang sedang menuju ke alam rumah tangga.


p/s: Info daripada mangga

Sinar.fm No.1 Malaysia?

Saturday, June 5, 2010

Dj paling happening di waktu pagi..xcaya dengarlah... :D


Radio Sinar FM baru diumumkan sebagai Radio No.1 di Malaysia berdasarkan penyelidikan pihak penyelidik. Tahniah diucapkan kepada stesen itu. Nampaknya stesen glamor lain tak boleh nak bermegah-megah lagi.
Apa bezanya Sinar FM berbanding radio lain yang selalu diuar-uarkan sebagai stesen radio yang menjadi sasaran penyanyi? Radio Era FM dan Hot FM sering dianggap stesen radio yang bakal menentukan populariti seseorang artis. Kalau lagu mereka tak dimainkan di corong radio itu alamatnya album akan terkubur kerana dua stesen itu sering dianggap rangkaian radio utama. Lagu-lagu Azlina Aziz dan Khaty juga dapat tempat.

Jadi sekarang tidak lagi. Tanggapan itu harus dikikis dan jangan memandang sepi stesen radio Sinar FM ataupun stesen lain yang kurang glamornya. Yalah kalau ada majlis penganugerahan pengacara radio popular, dua stesen tadi yang yang menguasai carta.

Raja Azura dan Salih Yaakub antara deejay Sinar FM yang diminati.
Apa istimewanya Sinar FM? Saya nampak Sinar FM sangat istimewa kepada industri muzik negara ini kerana mereka menyiarkan lagu-lagu tempatan sahaja. Hanya sejumlah kecil lagu-lagu luar yang diputarkan.

Sinar FM dengan moto Muzik Retro Terbaik menyiarkan lagu-lagu retro popular era 1970-an, 1980-an, 1990-an dan tidak terkecuali lagu-lagu baru yang ada sentuhan Melayu. Ada juga segmen lagu-lagu era Pop Yeh Yeh.

Lagu-lagu nyanyian Uji Rashid, Hail Amir, Datuk D. J. Dave, Datuk Khadijah Ibrahim, Datuk Sharifah Aini, Ramlah Ram, Azlina Aziz, Jamal Abdillah, Siti Fairuz, Raja Ema, Ibnor Riza, Nassier Wahab, Liyana dan ramai lagi sering jadi pilihan.

Tidak ketinggalan lagu-lagu Datuk Siti Nurhaliza, Misha Omar, Anuar Zain, Alyah, Aizat dan penganyi angkatan baru lain.Kalau nak dengar lagu-lagu Melayu boleh pilih saluran Sinar FM. Stesen di bawah RTM juga tidak ketinggalan memartabatkan lagu ciptaan dan nyanyian anak seni kita.

Sinar FM mendaki tangga sedikit demi sedikit dan akhirnya kini berada di tangga teratas. Semasa stesean glamor taksub dengan legu-lagu seberang, Sinar FM tetap setia dengan format mereka yang mengutamakan lagu-lagu retro tersendiri.

Info dari Mangga

Pernah Naik StarCruise?

Sunday, May 2, 2010


Salam Hari Buruh... Ok semperna cuti hari buruh hari ni...ak ingin postkan entry ni kat korang suma sbb musim cuti jd orang akan pergi holiday @ Honey Moon hehehehe(yg berkawen n Nikah je ok hahahaha)..tak kira la mana pun.. Jadi ak ingin berkongsi dengan korang pasal percutian dengan Star Cruise ni... Korang pernah naik tak?? Tgok dr segi kapal ni mcm tak mampu je kan nak naik, mesti mahal?? Tp sebenarnya percutian dengan menaiki kapal ni taklah terlalu mahal (pendapat ak la hehehehe), sbb ak pernah pergi 1 kali je, 2 pun dua tahun lepas lah..hehehehe..nak pi kerap-kerap parok la den hehehehe... 


Pengalaman ak menaiki kapal ni sungguh menakjubkan, memang sronok lah naik kapal nie, mcm-mcm ada lam kapal ni. Korang nak pe? suma ada dlm kapal tu.. Kepada yg ingin berbulan madu haaaa ini dia tempatnya..menikmati suasana lautan yg luas,tnpa bunyi bising,udara nyaman dan mcm-mcm lagi..bak kata pepatah 'tak kenal..maka tak cinta' hehehehehe... Berbalik pada kapal ni...kapal ni boleh diibaratkan sebagai tempat perjudian dan tempat hiburan kaw punya kakakaka, tp kita p jgn berjudi(haram untuk Agama kita) hehehehe..jd ikut hati la, lagipun kita bukanya knk-knk...hah! 


Kapal ni ada hr-hr tertentu harga tiketnya, pada weekend mahal, so ak syorkan jgn p time weekend la..tp klu da budjet lebih ikut suka la..Harga?? ermm korang kena layari web lah, ak tak berani nak ckap tentang harga sekarang... ok, kapal ni kita naik dr Penang..klu naik kul 8pg mendarat kul8 mlm..12 jam ja,ikut pakej la..setahu ak ni lah pakej paling murah hehehehehe... Kapal ni akan belayar ke tengah-tengah perairan Antarabangsa, kira dok tengah=tengah line la...xkira la belayar ke Indon ke,Thailand ke atau pun mana-mana perairan Antarabangsa.... 


Klu korang nak lagi indah pemandangan, naik waktu malam..fuhhh, memg sempoi la..hahahah, knp? sebab pencahayaan kapal ni wahhhhh memg dasyat lah.... Ok klu korang nak p, ok la ak ley bg jaminan kepuasan tahap maximum la.....best,happenig and fun..hehehehe... So korang yg tak besa p tu...boleh lah try tgok hehehehehe...Nak naik sila lah ke Pulau Pinang....ok.

Iron Man 2

Wednesday, April 28, 2010



Iron Man 2...jom kita tonton pada 7 May ni ok... Kita pecahkan panggung... Sambungan dr episod 1 yg mana bapa kepada iron man telah mengkianati anaknya dlm bisnes weapon mereka.. Episod yg kedua ini mengisahkan iron man telah bergabung dengan kerajaan dan mencipta weapon-weapon yg terbaru untuk membanteras kejahatan yg sering melanda US.. Byk juga mesin-mesin baru,senjata dan Robot Iron Man juga.. Episode kali ini sungguh menarik dan grafiknya cukup membuatkan kita percaya....ok sambil kita blog walkin, sambil kita tonton trailer ini ok...see u 7 May 2010

Ccleaner untuk melajukan broswer anda......


salam.... entry kali ni ak nak bgtau tengtang cc cleaner... siapa yg tahu pasal ini abaikan ye...heheheheh...Ok apa itu  Ccleaner? Ia merupakan 1 sofware untuk kita mencuci data-data yang di tinggalkan sewaktu kita berinternet(chache,cookies,history) dan ia juga berfungsi sebagai recylce bin... Perlbagai kegunaan lagi kita boleh gunakan melaluinya, yang terutamanya sekali bila kita berinternet(taik-taik) akan membuatkan internet kita berat,silap haribulan page kita crash....contohnya bila kita hendak buka satu-satu page itu menjadi slow,kita left clik kat recycle bin tu dan run Ccleaner, slpas run kita akan dapat perbezaanya. Pc atau laptop menjadi ringan dan internet menjadi laju. So siapa yg tak tahu dan tidak pernah cuba, sila clik Ccleaner untuk terus downloadnya dan anda harus menupdatenya selalu  supaya anda tidak ketinggalan ye.....

HP TouchSmart 600


Sambil ak jalan-jalan kat alam maya ini tiba-tiba aku ternmpak iklan Hp lam blog ak heheheheh... Lalu aku pun klik iklan ak itu untuk melihat Pc Destop ini... Fuhh....dunia sekarang cukup maju dengan teknologi, HP telah mengeluarkan 1 model baru iaitu HP TOUCHSMART 600... Waahhh..touch skrin 2 hehehehe... bg aku destop ini ckup power dengan teknologi, dulu handphone je touch skrin tp hari ni destop pun da kuar touch skrin... Rupanya rancangan tv beyond 2000 itu dulu sudah tahu teknologi zaman skrg, pernah ak tengok rancangan tentang destop touch skrin ni....ak ingat mustahil, tp inilah kenyataan yg hakiki... Ok, destop ini mempunyai remote control,touch skrin,23inchi skrin,HP touchsmart 3.0 untuk kita memudahkan sentuhan di skrin dan banyak lagi yang menarik...... Aku pun xtahu nk cita banyak, klu nak tahu lebih lanjut tentang kecanggihan Destop HP clik kat HP TouchSmart 600 . Apa-apa pun 1 hr nanti ak akan dapatkan juga sebijik..huhu.. Kita patut bersyukur kerana negara kita cukup lengkap dengan teknolgi-teknologi termaju dikalangan negara-negara asia...dan ak harap boleh beli dengan duit Nuffnang kot..hehehehhehe

Apa itu Histats.com???

Tuesday, April 27, 2010


Apa itu Histats.com?? ia nya boleh di klasifikasikan mcm Google Web Analysis, sebijik la hehehe... Kegunaanya semacam dengan Google, tp ini lebih teratur dan lebih senang untuk kita semak status traffic kita... Tidak serperti widget-widget lain kecuali Googlenya web analysis, segala Web traffic dan Blog kita di kesan dengan betul tanpa ragu-ragu..(eheheh)... Segala traffik blog kita atau web kita boleh disemak disni dengan terperinci dan kita boleh juga menyemak keyword kita yg datangnya dr mana. Di Histats ini juga anda boleh memilih widget-widget yang sesuai untuk blog ataupun web anda.Bg pendapt aku Histats ini adalah terbaik untuk kita mengesan trafik kuar masuk dlm blog kita. Kepada yg ingin mencuba widget ini sila clik Histats.com untuk mengetahui tentang widget ini.

Lagu & Kenangan......

                                     
                                     p/s : nak dengar lagu yg sentuh hati korang haa ni dia


Lagu yg sayu dan pilu mengingatkan kita pada suka dan duka pada masa-masa lampau... Setiap insan di dunia ini punyai lagu dan kenangan, klu insan itu tiada lagu & kenangan bermakna dia bukan insan manusia yg mempunyai hati dan perasaan.... Berbalik pada topik ini aku ada kisah yang amat menyedihkan buat selamaynya dlm hidup ku ini... ianya akan meningalkan kesan semur hdp ak hingga hilang nafas terakhir....

'cinta'.ermm kadang-kadang ak nek risau,give up dan takot  gak...kerana cinta adalah pergorbanan dan perlu di korbankan hehhehehehe....'lagu' membuatkan hati sebak,  apabila di dengari.... Td sewaktu ak menaip entry ini sambil mendengar radio sinar.fm, tiba2 lagu yg kenangan ak dahulu tu diperdengarkan..adussttt sebak hati ak... Terhenti seketika menaip bila mendengar lagu itu... Sebenarnya 7 tahun yg lalu ak telah pun bernikah dengan seseorang wanita yg ak hargai dan mencintainya... sekarang ak da dok sorang dr (dude la..hahahaha).... hasil pernikahan ak itu, lahirlah cinta ,sorang baby pompuan yg comel dan berumur 5thn lebih da..huhu da nak sekolah da..... setelah 7 thn ak bernikah akhrnya impian dan mahligai ak hancur kesumanya.... Ini adalah lagu dan kenangan ak yang paling terasa sgt..org kata masih panas hihihi...

Kenapa ak bercerai...??? ermm panjang citanya..akan ak buat entry khas untuk ini... Ak akan kogsi dengan korang nanti sal pengalaman dan lumrah kehpan sewaktu bercinta,kahwin dan kominiti kuarga kita.....
Itu lah ak katakan lagu & kenangan ttp akan bersama dlm kehdupan kita hingga akhir hayat...

Apa korang punya Kenangan dan Lagu?????

Related Posts with Thumbnails
 
 
 
 
Copyright © Pelam Muda