Showing posts with label gosip artis. Show all posts
Showing posts with label gosip artis. Show all posts

Maya Karin Bergelar Janda

Saturday, July 17, 2010




KUALA LUMPUR - Pengesahan nikah yang dibuat pelakon dan pengacara Maya Karin serta suaminya, Muhammad Ali dua minggu lalu gagal menutup kemelut dalam rumah tangga pasangan itu apabila mereka disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam.


Menurut sumber mahkamah, Maya, 31, dan Muhammad Ali atau nama sebenarnya, Steven David Shorthose, 41, dilihat hadir di mahkamah secara berasingan untuk bercerai secara baik.

Hakim Syarie, Mohd. Amran Mat Zain memutuskan pasangan itu sah bercerai selepas berpuas hati dengan keterangan kedua-dua pihak.

Bagaimanapun butir-butir lanjut mengenai perceraian mereka tidak diketahui memandangkan pasangan tersebut mengambil pendekatan berdiam diri dan merahsiakan daripada media.

Peguam syarie, Norhusniah Husin hadir bagi pihak Maya manakala Muhammad yang juga seorang guru Matematik di sekolah antarabangsa tidak diwakili peguam.

Perceraian tersebut semalam menjawab teka-teki berhubung tindakan pasangan itu yang hanya memohon untuk mengesahkan nikah mereka setelah dua tahun berkahwin baru-baru ini.

Status rumah tangga pasangan itu kembali menjadi bualan setelah mereka hadir di mahkamah pada 24 Jun lalu memohon untuk mengesahkan nikah di Itali dengan 7 Julai kemudian, Hakim syarie Shaiful Azli Jamaluddin mengesahkan pernikahan tersebut.





sumber kosmo

Cut Tari pinta Kemaafan

Saturday, July 10, 2010


JAKARTA - Pengacara televisyen terkenal, Cut Tari menangis teresak-esak semasa membuat permohonan maaf kepada penduduk negaranya termasuk Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono berhubung skandal klip video lucah yang menyiarkan pelakon miripnya dengan penyanyi Ariel Peterpan, lapor beberapa buah akhbar semalam.


Cut Tari membuat pengakuan itu pada satu sidang akhbar yang dihadiri oleh suaminya, Johannes Joesoef Subrata dan peguam belanya, Hotman Paris Hutapea.

Sebelum membuat permohonan maaf itu, Cut Tari menarik nafas kemudian berkata: "Kepada Bapak Presiden RI (Republik Indonesia) berserta ibu, Bapak Kapolri (Ketua Polis Indonesia) berserta ibu, Bapak Kabareskrim (Badan Siasatan Jenayah) berserta ibu, bapak ibu dan penyelidik Mabes Polri (penyiasat polis), tokoh agama dan tokoh masyarakat yang saya hormati, para orang tua dan masyarakat Indonesia.

"Atas nama peribadi dan atas nama keluarga saya memohon maaf yang sebesar-besarnya. Mohon maaf atas pemberitaan baru-baru ini yang menyangkut diri saya yang telah menimbulkan keresahan di masyarakat. Sekali lagi saya mohon maaf."

Selepas dia membuat permohonan maaf tersebut, Cut Tari menangis.

"Saya hanya mahu minta maaf. Saya cuma minta dimaafkan," katanya.

Dia turut meminta maaf kepada suaminya dan berterima kasih kepadanya kerana masih setia sejak skandal klip video tersebut tersebar.

Suaminya turut memegang tangan Cut Tari untuk menenangkan isterinya yang sedang menangis.

Sementara itu, ketika ditanya pemberita sama ada wanita dalam klip video tersebut adalah dirinya, peguam Cut Tari berkata: "Jangan tanya lagi tentang benar tidaknya (video berkenaan).

"Bagi masalah undang-undang, saya serahkan kepada penegak hukum."

Menurutnya, semasa skandal itu terbongkar, Cut Tari tidak berani keluar rumah untuk membeli air mineral.

Sebelum mengakhiri sidang itu, Cut Tari turut berkata: "Demikian permohonan maaf saya sampaikan dan Insya-Allah pintu maaf terbuka untuk saya. Sudah ya." - Agensi

Saiful Apek Di Serbu Polis

Monday, June 14, 2010


KUALA LUMPUR - Seorang pelakon lelaki dan pelawak terkenal, Saiful Apek ditahan setelah dia disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah ketika serbuan di sebuah rumah Pangsapuri Sunway Court di PJS 7, Bandar Sunway dekat sini malam kelmarin.


Artis tersebut yang juga pengacara ditahan pada pukul 10 malam bersama lima lagi rakan termasuk seorang wanita di kediaman milik pelakon tersebut. Difahamkan, lima lagi individu berusia lingkungan 20-an yang ditahan merupakan pekerja kepada artis itu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, pelawak berusia 41 tahun itu ditahan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Subang Jaya setelah menyerbu rumah tersebut."Kita mengambil masa satu jam membuat intipan sebelum menyerbu rumah itu.

"Ketika diserbu, artis tersebut bersama rakan-rakannya sedang berehat di dalam rumah," kata beliau ketika dihubungi Kosmo! semalam.Menurut beliau, pemeriksaan di dalam rumah itu membawa kepada penemuan sebanyak 40 gram ganja.

"Ujian saringan awal air kencing mendapati kesemua mereka termasuk Saiful Apek yang ditahan dalam rumah itu positif mengambil ganja," kata beliau. Zainal Rashid memberitahu, Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohd. Saifulazam Mohammad Yusoff bersama lima rakannya kini ditahan reman selama empat hari sehingga 16 Jun ini bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu mengambil dadah.
Kertas siasatan juga dibuka mengikut Seksyen 39 (a)(1) dan Seksyen 6 akta yang sama iaitu memiliki dadah dan ganja.

Artis Di Tawar Jutaan Ringgit Dari VVIP

Wednesday, June 9, 2010

MELIHAT rakan sebaya sudah berumah tangga, terdetik jua di hati Fouziah Gous, 28, untuk mengakhiri zaman bujangnya, namun, kata Fouziah, belum ada calon suami yang sesuai untuk dirinya ketika ini.

Dulu, bekas pramugari Penerbangan Malaysia (MAS) ini pernah digosipkan dengan pelakon Iqram Dinzly, 29. Namun, hubungan mereka lebih dianggap sebagai gimik dan cinta lokasi. Sekejap ada, sekejap hilang.
Baru-baru kecoh pula di halaman sosial Twitter mengatakan Fouziah dilamar 'secara murahan' oleh Iqram. Maklum sajalah dalam laman itu ramai dalam kalangan rakan Twitter boleh melihat apa yang mereka sembangkan itu.Dalam pertemuan dengan Fouziah di Balai Berita, minggu lalu, Fouziah menjelaskan itu semua hanya usikan Iqram semata-mata."Saya tahu Iqram hanya mengusik dan saya pun membalasnya saja secara suka-suka. Tak sangka pula perkara ini menjadi isu pula. Memanglah pada umur sekarang, ia saat yang sesuai untuk berumah tangga tapi tidaklah sampai saya 'melelong diri' di Internet!

"Saya masih waras lagi. Apabila ramai yang turut memberi komen dalam halaman itu, saya sudah tidak mengaktifkan Twitter saya lagi. Memang saya agak cuai kerana halaman itu boleh dilayari sesiapa saja.
"Saya tak akan buat lagi perkara macam itu. Pun begitu saya tidak begitu terasa hati kerana ia bukanlah perkara serius, saja bergurau dengan Iqram. Banyak perkara lain yang perlu saya fikirkan terutama mengenai kerjaya saya sekarang," katanya kepada Rap.

Kata Fouziah yang semakin langsing, memang dia teringin menamatkan zaman solonya secepat mungkin. Emaknya juga sudah bising, tetapi hendak buat macam mana kerana belum ada jodoh."Ciri lelaki yang menjadi idaman saya, dia mestilah menerima saya seperti gadis biasa di luar di sana dan bukannya sebagai Fouziah Gous seorang pelakon.

"Lelaki itu mesti ada prinsip hidup, pekerjaan tetap dan seorang yang beriman. Dia juga mestilah seorang yang bijak.

"Tapi terus terang, sehingga sekarang, saya belum lagi berjumpa jejaka idaman saya yang sebenar-benarnya. Malah kalau ditakdirkan berkahwin nanti, saya bersedia berundur dari bidang seni jika itulah pengorbanan yang perlu saya lakukan untuk suami," katanya .

Menjawab soalan mustahil wanita cantik sepertinya tiada yang cuba himpit termasuk VIP dan tokoh
korporat, Fouziah mendedahkan, ia memang ada, tetapi dia sendiri yang lari! Katanya, ada lelaki VIP yang cuba memancingnya dengan wang jutaan ringgit tetapi dia tidak mahukan itu semua kerana percaya, cara itu tidak akan dapat mengekalkan kebahagiaan hidup.

"Siapa yang mahu beri kita duit berjuta tanpa mendapat apa-apa? Wang memang boleh buat manusia jadi kelabu mata tapi maruah diri saya cuma satu saja. Saya kena pertahankannya demi nama baik diri dan keluarga."Ada juga yang sanggup pakai orang tengah untuk keluar dengan saya. Pernah saya kena ugut kerana tak mahu melayan tawaran orang seperti itu. Sedih sangat mereka cuba menggunakan cara kotor, tapi saya sabar. Lamaran kerja tempoh singkat itu dipanggil 'dinner job'. Tentu anda faham apa maksud saya.

"Mungkin bagi sesetengah orang apabila tawaran lumayan muncul depan mata, ia ibarat orang mengantuk disorongkan bantal. Tapi saya tak perlu itu semua. Saya mahu jual bakat lakonan. Sekali terjerat, makan tak habis!"Alhamdulillah, rezeki berlakon tidak putus-putus sehingga tak cukup rehat. Saya juga menjadi duta produk kecantikan Alaisya dan baru-baru ini ada syarikat kecantikan lain mahu saya menjadi jurucakap mereka. Saya tolak dengan baik dan biarlah saya setia pada yang satu," ujarnya.

Tidak mahu terlalu memaksa diri untuk terus bekerja, baru-baru ini Fouziah dan rakannya pergi menyelam di Pulau Perhentian, Terengganu. Katanya, tangannya sampai ada kesan berbirat kerana panas berjemur. Dari dulu Fouziah memang suka menyelam, cuma sekarang tiada banyak masa untuk melakukannya.

"Saya terpaksa bercuti kerana badan saya memerlukan rehat yang cukup dan kenalah menolak satu dua
tawaran yang datang. Selagi saya berada di Kuala Lumpur, tentu sukar menolak tawaran berlakon. Jadi lebih baik saya bawa diri sekejap. Ada kelapangan nanti, saya akan ke pulau lagi," katanya.

Fouziah juga baru habis berlakon drama bersiri Syah Jihan yang kini disiarkan di TV3 menerusi slot Akasia setiap Isnin hingga Khamis, jam 6.30 petang.Dalam drama itu, Fouziah diberi peranan Syah atau nama penuhnya, Aisyah dan watak Jihan pula disandang Kamal Adli. Syah tersepit antara tanggungjawabnya kepada keluarga dan cintanya terhadap Jihan.

Sejak kecil Syah diserahkan kepada ibu angkatnya, Mak Yah (Delimawati). Arwah ibu Syah berpesan kepada Mak Yah jangan benarkan Syah mendekati keluarga bapanya (Tuan Aris).Apabila dewasa, Syah ingin tahu apa sebenarnya berlaku dan kenapa ibunya melarang dia mencari keluarga bapanya.Pada waktu terdekat ini, Fouziah akan ke lokasi drama raya puasa, Kuih Goyang Syafik di sekitar Kuala Lumpur.

>PROFIL

NAMA: Nor Fouziah Mohd Gous
PANGGILAN: Fouziah Gous
TARIKH LAHIR: 11 Disember 1982
TEMPAT LAHIR: Hospital Kuala Lumpur (HKL)
USIA: 26 tahun
TINGGI: 165cm
BERAT: 48kg
STATUS: Bujang
KELUARGA: Bongsu daripada lima beradik
PENDIDIKAN: Diploma Kesetiausahaan (BSC), Kolej Systematic
KERJAYA: Model dan pelakon
DRAMA: Enigma, Demi, Sangga Saadah, Qa'naah, Cinta Medik, Impak Maksima The Series, Otai The Series, Pencak Akhir, Anak Mami, Kain Ketat dan SpaQ 2
FILEM: Bujang Senang, Malaikat Maut, Otai, Sifu dan Tongga, Rasukan Ablasa, Skrip 707
PENCAPAIAN: Pelakon Harapan Wanita Popular (Anugerah Shine Pantene) di ASK2007

Related Posts with Thumbnails
 
 
 
 
Copyright © Pelam Muda